TAMBAH SAHAM AKHIRAT

TAMBAH SAHAM AKHIRAT

Tuesday, 10 September 2013

Bunuh semuanya...................mosquito fogging

Baru je sat tadi.....mosquito fogging besar-besaran di seluruh taman perumahan ku. Alhamdulillah terima kasih atas keprihatinan dan jasa baik Maslis Perbandaran Temerloh/Mentakab dan semua yang terlibat.








Meow En Hubby pun sibuk gak nak tengok orang fogging.....







Sunday, 4 August 2013

TOLONG LAH........AKU TAK KACAU ORANG PUN

BULAN BAIK NI BUKAN NIAT AKU PUN NAK MARAH-MARAH KAT ORANG TAPI AKU RASA MEREKA KENA AGAK-AGAK LAH. TAU LAH HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN NI SIBUK NAK MAIN MERCUN DAN BUNGA API, SEMANGAT RAYA LAH KATAKAN. TAPI AGAK-AGAKLAH, JANGAN MAIN MERCUN D E P A N  R U M A H AKU.................MAINLAH KAT LAIN...... JANGAN BALING-BALING DEPAN RUMAH AKU. YANG BERDENTUM BUNYI KAT RUMAH AKU. KENAPA TAK BALING KAT DEPAN RUMAH KAU ORANG.

NAK SANGAT BUNYI MERCUN TU LETAK LAH SEBELAH TELINGA KAU. JANGAN INGAT RUMAH AKU SUNYI JADI KAU NAK BISINGKAN.................... SUKA MAK BAPAK AKULAH NAK DAMAI.......YANG PENTING AKU TAK GANGGU PUN HIDUP KAU ORANG. YANG KAU ORANG SUSAH-SUSAH GANGGU HIDUP AKU KENAPA LAH????????????????

FIKIR GUNA OTAK LAH SIKIT. NAK MAIN MERCUN MAIN DEPAN RUMAH KAU SENDIRI. HARI INI AKU PASANG SEMUA LAMPU RUMAH AKU. HARAP2 LEPAS NI JANGAN NAK BUAT BISING DEPAN UMAH AKU. DAN LAH TU SEMAK PUN DEPAN RUMAH AKU................. TENSION BETUL LAH DUDUK DENGAN MANUSIA YANG TAK GUNA OTAK NI.

Wednesday, 29 May 2013

HANYA ALLAH YANG TAHU

Aku manusia biasa. Walau banyak kali muhasabah diri kadang kala aku terlepas juga. Istifar berkali-kali dan semoga ALLAH sentiasa bersamaku dan semua ahli keluarga aku.

Sesungguhnya cinta, kasih sayang, redha, belas kasihan ALLAH itu indah. Jangan berputus asa berharap dan memohon pada ALLAH. Ingat ALLAH sentiasa akan dekat dengan makhluknya yang sentiasa dekat dan ingat padanya setiap masa. Balasan ALLAH itu amat pedih. masih teringat aku kata-kata Arwah Ustad Bakar yang banyak memberikan aku didikan agama sewaktu hayatnya. Alfatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Aku bersyukur kerana abah memaksa aku pergi belajar agama di Masjid dengan Arwah setiap hari sabtu kalau tak silap aku, semua asas agama aku dalami dengan Arwah, Syukur sangat-sangat. Dan kerana itulah aku jadi manusia.

Memikirkan apa yang menjadi penyebab kepada permasalahan yang timbul sekarang, adalah semua nya berpunca dari kurang pendidikan agama yang diamalkan. Bila pedoman agama hilang maka hilanglah arah hidup manusia. Sekarang mana nak cari ustad macam arwah? aku memang amat-amat teberkesan dengan didikan agama yang arwah berikan, semuanya lekat dalam hati.... ALHAMDULILLAH dan Terima kasih kepada Arwah.

Aku memang bukan baik sangat dan bukan sempurna pun. Sebab itu aku sekarang mencari agama, aku yakin dengan agama dan memahami ajaran dan melakukan segala yang disuruh dan tinggal kan larangan nya merupakan arah dan cara kehidupan yang terbaik buat semua umat manusia.

Aku juga yakin balasan ALLAH itu pasti. Derhaka pada suami tidak akan berjumpa syurga juga derhaka pada ibu bapa pasti balasan seksa menunggu kita samada di dunia apatah lagi di akhirat dan sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.

Semuanya jelas nampak sekarang. Aku cuma berdoa semoga semuanya, KEMBALILAH MENCARI ALLAH DAN KEREDHAAN NYA.HANYA DIA YANG BOLEH MEMBANTU DAN MENUNJUKKAN PENYELESAIAN KEPADA SEGALA-GALANYA.

Semoga ALLAH sentiasa bersama kita dengan kasih sayang dan cintanya yang abadi mulai saat ini dan selamanya... AMEEN


Friday, 29 March 2013

HANYA PADA ALLAH AKU BERMOHON

Aku ingat dah habis! buat muka mengada minta maaf dengan aku. aku maafkan kerana ALLAH. tapi lain pula rupanya kau ni. memang manusia talam dua muka. tiba2 abah aku cakap kau mula buat cerita kau yanng kau reka dan tambah2 sendiri. suka hati je kau ni. kalau bukan kerana kenangkan abah yang minta aku bersabar dan berdiam dulu, memang aku akan meletop lagi. pandai nya kau reka cerita beritahu semua dan satu dunia dengan cerita rekaan kau yang lebih-lebih tu. tapi tak mengapa aku penuhkan kesabaran diri aku dan aku hanya percaya pada ALLAH. Sesungguhnya TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH MELAINKAN ALLAH. aku percaya orang yang teraniaya itu akan sentiasa dalam lindungan dan bantuan ALLAH. kita tunggu dan lihat, sejauh mana cerekarama kau akan berjalan. aku tunggu sampai saat yang sesuai je.

Semoga ALLAH memberikan kesabaran dan hidayah buat ku. Semoga mak dan abah aku dan juga keluarga ku dalam lindungan ALLAH dari segala mala petaka dan bencana, segala kejahatan manusia, segala kejahatan makhluk ciptaan nya dan segala kejahatan syaitan yang direjam samada yang nyata dan tersembunyi. Ameen


Wednesday, 27 March 2013

AKU MANUSIA BIASA DAN AKU RASA AKU TAK SALAH BERTINDAK

Aku memang tak sempurna, dan memang aku akui tahap kesabaran ku ada tahapnya. Bila penuh balang tahap kesabaran ku maka aku akan meletop. Memang habis ku muntahkan segala yang ada. biar kosong kerana aku pasti tak akan ambil masa lama, kekosongan itu akan padat dan penuh balik. dari jauh aku jadi pendengar sedia dan membenarkan balang kesabaran aku di isi sedikit demi sedikit.

Aku bukan kesah pasal hidupkau, lantak kau lah nak telungging ke telanggang ke, apa aku kesah, tetapi bila kau sentuh je mak dan ayah aku memang aku jadi gila. kau siapa? nak berkasar dan tak hormat mak ayah aku. kau dah lah macam biawak hidup menumpang duduk rumah mak dan ayah aku, sewa tak bayar, api air tak juga, barang dapur jangan mimpi, aku pun heran, adik beradik aku pun tahu berusaha duduk dan berdikari sendiri. dah lah kau menantu lelaki. pelik betul aku rasa.

Sampai tahap tak hormat mak dan ayah aku sendiri dalam rumah mereka sendiri, aku mula menyalak lah... aku bukan manusia yang boleh berlembut dan bersabar macam adik-beradik lain. memang kau dah melampau. suka hati kau sahaja buat mak ayah aku macam tu. pandai berkasar pulak tu. Aku mohon pada ALLAH agar kau dapat balasan setimpal.

Semoga mak dan ayah aku sentiasa dalam lindungan ALLAH selamanya.

Tuesday, 26 February 2013

BELAJAR BERSYUKUR

Bukan untuk menasihati orangg lain, aku tahu aku tak layak.... tapi untuk menasihati diri sendiri, agar aku tidak akan lupa. Syukur pada ALLAH dengan kesempurnaan anggota badan yang diberikan olehnya. Sempurna 2 tangan dengan 10 jari yang dapat berfungsi dengan baik dan sempurna. Kalau salah satu jari tangan luka pun dah rasa tak selesa nak buat kerja. Apatah lagi kalau cacat tak cukup jari tangan.Aku belajar untuk menjadi umat ALLAH yang lebih bersyukur dengan segala yang dikurniakan olehnya. Ameen
 
source : google image