TAMBAH SAHAM AKHIRAT

TAMBAH SAHAM AKHIRAT

Friday 28 November 2014

RUKUN ISLAM

Ia mengandungi lima rukun, ia tidak boleh ditinggalkan sama sekali, apabila seorang Muslim mengaku dirinya Islam, dia mesti melakukan kelima-lima rukun tersebut tanpa boleh meninggalkan salah satu daripadanya, kerana ia boleh dianggap terkeluar daripada Islam.
1. Mengucap dua kalimat syahadah.
2. Mendirikan solat (fardu lima waktu).
3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji ke Baitullah bagi mereka yang mampu melakukannya.

Prinsip dasar Islam yang kekal Islam tidak pernah membiarkan umatnya hidup meraba-raba tanpa hala tuju yang tidak jelas, justeru, Islam meletakkan beberapa dasar sebagai prinsip yang mesti dipegangi dan menjadi pra-syarat menjadi seorang Muslim yang benar-benar diterima di sisi Allah SWT.

1. Akidah: Ia menjadi pra syarat pertama apabila seorang itu mengaku sebagai seorang yang berpegang kepada agama Islam, ia menghubungkan antara seorang hamba dengan Maha Pencipta, tanpanya ia boleh mengakibatkan seseorang itu akan jadi murtad atau berlaku syirik kepada-Nya.
2. Syariat: Iaitu pelaksanaan hukum Islam sebagai bukti kekuatan akidah yang ada dalam diri Muslim, ia juga dijelmakan dalam bentuk ibadat khusus seperti solat dan sebagainya, juga termasuk ibadat umum.
3. Akhlak: Ia merupakan penjel -amaan budi luhur, sopan santun yang positif yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
4. Aspek dorongan kekuatan seperti jihad, amar makruf dan nahi mungkar.

Rujukan : http://azwandengkil.com/islam-adalah-cara-hidup

ISLAM SEBAGAI AL DIN

ISLAM adalah suatu "nizam". "Nizam" bermaksud sistem, cara hidup atau 'way of life' (Nasrudin Razak, 1982). Sistem-sistem yang terkandung dalam 'Sistem Islam' yang lebih luas merangkumi:
  • Sistem Iman (Kepercayaan).
  • Sistem Ibadah (Penyembahan).
  • Sistem Akhlak.
Sebagai suatu cara hidup (way of life), Islam meliputi keseluruhan aspek dan dimensi kehidupan insan. Menurut Nasrudin Razak, ia merangkumi:
  • Cara hidup dalam keluarga.
  • Cara hidup bertetangga.
  • Cara hidup sosial.
  • Cara hidup dalam politik.
  • Cara hidup dalam ekonomi.
  • Cara hidup dalam lain-lain bidang selanjutnya.

references : http://analisisbudaya.blogspot.com/

HIDUP CARA ISLAM YANG SEBENARNYA....

Sekadar berkongsi dan hanya sekadar peringatan buat diri sendiri. Ingin mencari jalan menuju Agama Allah yang sebenarnya.....

Tuesday 15 July 2014

DUGAAN BULAN RAMADHAN.....SYUKUR ALLAH MASIH MAHU AKU TERUS MENGINGATI DAN BERMOHON PADANYA

14 hb July 2014...nak jadi geruh bak kata abah aku....kereta ku kena langgar dengan mamat motor. Budak kampung juga. malas nak cerita tapi peringatan buat diri aku yang hanya hamba ALLAH ini, kalau tanpa izin dan kehendaknya perkara tu tak akan berlaku. Marah? Mengamuk? Sedih? Kesal? Benci? Menyampah?....tentunya. Semua itu ada pada aku. Aku hanya manusia biasa.....tapi aku cuba kawal dan kembali berfikir secara normal. Aku yakinkan diri....aku cuba...aku ubah persepsi minda dan pemikiran ku walaupun hanya ALLAH yang tahu apa aku rasa......aku muhasabah diri, aku kuatkan hati menerima semua kehendak ALLAH. Banyak kali aku ingatkan diri...aku tak layak nak menghukum dan menilai orang semua itu hak ALLAH....InsyaALLAH aku akan terus muhasabah diri dan pernaiki diri...YA ALLAH terima kasih kerana masih membuat aku ingat dan kembali kepada mu dan menerima aku hanya hamba mu...Kuatkan iman ku ...kuatkan kesabaran ku dan jauhi aku dari segala keburukan dan kemusnahan dan manusia yang dengki dan pemusnah....jauhi aku dari segala kejahatan yang engkau cinptakan dan juga buat semua ahli keluargaku....Ya ALLAH lindungi kami mulaii saat ini dan selamanya.....Ameen...

Sunday 29 June 2014

Cerita Inas - Puasa hari pertama

Anak dara kecil ni dah darjah satu tahun ni. Jadi nak tak nak kenalah puasa penuh. Ceritanya Ramadhan pertama 29 June 2014. Kalau kakak dah besar nanti baca blog maklong ni. Umi nya whatsapp : inas rasa nak minum air paip n rasa cam nak makan sabun je sebab lapar n dahaga sangat.   Anak sedara punya cerita.



Alhamdulillah akhirnya kakak berjaya habiskan puasa dihari pertama - Juadah berbuka Pizza and ayam golek. and mee hoon basah Mak adeq.............yang tidak menjadi.....

Sunday 8 June 2014

CAHAYA MATA


 


ANAK DAN ABAH..ANAK DAN ABI