TAMBAH SAHAM AKHIRAT

TAMBAH SAHAM AKHIRAT

Wednesday 29 May 2013

HANYA ALLAH YANG TAHU

Aku manusia biasa. Walau banyak kali muhasabah diri kadang kala aku terlepas juga. Istifar berkali-kali dan semoga ALLAH sentiasa bersamaku dan semua ahli keluarga aku.

Sesungguhnya cinta, kasih sayang, redha, belas kasihan ALLAH itu indah. Jangan berputus asa berharap dan memohon pada ALLAH. Ingat ALLAH sentiasa akan dekat dengan makhluknya yang sentiasa dekat dan ingat padanya setiap masa. Balasan ALLAH itu amat pedih. masih teringat aku kata-kata Arwah Ustad Bakar yang banyak memberikan aku didikan agama sewaktu hayatnya. Alfatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Aku bersyukur kerana abah memaksa aku pergi belajar agama di Masjid dengan Arwah setiap hari sabtu kalau tak silap aku, semua asas agama aku dalami dengan Arwah, Syukur sangat-sangat. Dan kerana itulah aku jadi manusia.

Memikirkan apa yang menjadi penyebab kepada permasalahan yang timbul sekarang, adalah semua nya berpunca dari kurang pendidikan agama yang diamalkan. Bila pedoman agama hilang maka hilanglah arah hidup manusia. Sekarang mana nak cari ustad macam arwah? aku memang amat-amat teberkesan dengan didikan agama yang arwah berikan, semuanya lekat dalam hati.... ALHAMDULILLAH dan Terima kasih kepada Arwah.

Aku memang bukan baik sangat dan bukan sempurna pun. Sebab itu aku sekarang mencari agama, aku yakin dengan agama dan memahami ajaran dan melakukan segala yang disuruh dan tinggal kan larangan nya merupakan arah dan cara kehidupan yang terbaik buat semua umat manusia.

Aku juga yakin balasan ALLAH itu pasti. Derhaka pada suami tidak akan berjumpa syurga juga derhaka pada ibu bapa pasti balasan seksa menunggu kita samada di dunia apatah lagi di akhirat dan sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.

Semuanya jelas nampak sekarang. Aku cuma berdoa semoga semuanya, KEMBALILAH MENCARI ALLAH DAN KEREDHAAN NYA.HANYA DIA YANG BOLEH MEMBANTU DAN MENUNJUKKAN PENYELESAIAN KEPADA SEGALA-GALANYA.

Semoga ALLAH sentiasa bersama kita dengan kasih sayang dan cintanya yang abadi mulai saat ini dan selamanya... AMEEN