TAMBAH SAHAM AKHIRAT

TAMBAH SAHAM AKHIRAT

Wednesday, 27 March 2013

AKU MANUSIA BIASA DAN AKU RASA AKU TAK SALAH BERTINDAK

Aku memang tak sempurna, dan memang aku akui tahap kesabaran ku ada tahapnya. Bila penuh balang tahap kesabaran ku maka aku akan meletop. Memang habis ku muntahkan segala yang ada. biar kosong kerana aku pasti tak akan ambil masa lama, kekosongan itu akan padat dan penuh balik. dari jauh aku jadi pendengar sedia dan membenarkan balang kesabaran aku di isi sedikit demi sedikit.

Aku bukan kesah pasal hidupkau, lantak kau lah nak telungging ke telanggang ke, apa aku kesah, tetapi bila kau sentuh je mak dan ayah aku memang aku jadi gila. kau siapa? nak berkasar dan tak hormat mak ayah aku. kau dah lah macam biawak hidup menumpang duduk rumah mak dan ayah aku, sewa tak bayar, api air tak juga, barang dapur jangan mimpi, aku pun heran, adik beradik aku pun tahu berusaha duduk dan berdikari sendiri. dah lah kau menantu lelaki. pelik betul aku rasa.

Sampai tahap tak hormat mak dan ayah aku sendiri dalam rumah mereka sendiri, aku mula menyalak lah... aku bukan manusia yang boleh berlembut dan bersabar macam adik-beradik lain. memang kau dah melampau. suka hati kau sahaja buat mak ayah aku macam tu. pandai berkasar pulak tu. Aku mohon pada ALLAH agar kau dapat balasan setimpal.

Semoga mak dan ayah aku sentiasa dalam lindungan ALLAH selamanya.

No comments:

Post a Comment