TAMBAH SAHAM AKHIRAT

TAMBAH SAHAM AKHIRAT

Saturday, 5 October 2013

PERJALANAN DARI MENTAKAB TO JB - NEW YORK HOTEL......dan cerita seram aku alami (2)

Sambungan daripada bahagian 1. Training habis pukul 12.30. Siap-aiap semua and check out adalah dalam pukul 3 petang aku mula travel balik. Sebab tak rush aku plan nak ikut jalan biasa tak nak ikut highway.Banyak benda nak tengok....So mula keluar cari arah Kota Tinggi and Mersing. Perut lak lapar tadi tak sempat lunch. Dalam perjalanan dari JB ke Mersing aku jumpa kedai tepi jalan and aku berhenti. Ok lah setakat alas perut dulu.












kat jalan ni siap kena patah balik sebab silap simpang. First time lah katakan.... pengalaman drive sorang-sorang. En. Hubby bimbang gak mula-mula nak bagi aku ikut jalan biasa. Tapi biasalah aku kan.....

 Jalan ni aku dah sampai kat area Pontian dah. Berhenti beli buah rambutan kat tepi jalan buat hilang mengantuk. Tenang je jalan tak banyak kereta


Sampai kat Rompin hari dah mula hujan lebat. Jagi Takde Gambar, hari dah mula gelaptapi jam baru pukul 6 petang masatu. Dari Rompin aku cross ikut simpang ke Muadzam Shah di leban Chondong. Memang dah gelap sangat masa tu. Terfikir2 nak teruk ke Kuantan balik umah mak, tapi kaki terus je tekan minyak n belok ke arah jalan Segamat lak. Aku memang tak pernah pun guna jalan tu....Rupa-rupanya memang silap sama sekali pilihan ku.....Menyesal amat2 tapi tak sempat nak pusing balik dah.... aku teruskan juga perjalanan. Dah lah gelap gelita, dah lah semuanya hutan , dah lah jalannya teruk dah lah berkabus tebal, dah lah sepanjang 80 km nak sampai ke Bera tu aku kira adalah dalam 6 buah kereta je aku jumpa tuu pu dari arah bertentangan. Dan paling tragis lagi tiada line telefon. Mengamuk sakan En. Hubby bila aku cakap aku guna jalan tu........... Maaf ye sayang...

 Gambar bawah ni adalah gambar jalan tu waktu siang hari, aku dapat kat google. Cubalah bayangkan waktu malammm.....Taubat dah lepas ni, tak akan aku ikut jalan ni kalau drive sorang dimalam hari... Siang hari aku berani lagi ....




Memang menggigil juga aku masa drive tu. mujur lah channel radio clear dapat radio IKIM n waktu tu orang dok ngaji lak tu.... ALHAMDULILLAH

Sampai kat Bera aku lah manusia paling bahagia dan bersyukur amat2. TAK AKAN AKU ULANGI LAGI DRIVE JALAN TU MALAM HARI SORANG_SORANG......... SYUKUR AKU SELAMAT DAN PENTING DENGAR CAKAP EN.HUBBY. AKUU BUKAN APA NAK SAMPAI RUMAH CEPAT KONONNYA......................

Friday, 4 October 2013

CITE MEOW G KLINIK...

Meow kena cirit birit. Kenalah g klinik nak cari ubat dia.... meow memanglah manja mengada. En.Hubby panggil kucing dia Hero "penakut" he he he. Bukan kucing aku tapi hubby punya.


  Pesakit lain yang turut datang hehe besar gila kucing2 ni.




 meow punyalah penakut dan tak duduk diam sekali



Meow cuba melarikan diri ...........susahnya

PERJALANAN DARI MENTAKAB TO JB - NEW YORK HOTEL......dan cerita seram aku alami (1)

Penat masih tak hilang lagi, 1-3 oktober akuu ada training kat JB. Training tu mula 8 malam so pagi baru mula travel. Biasanya a day before lagi aku dah travel ke location. Tapi kali ni pagi baru aku travel....from umah aku di Mentakab aku mula travel pukul 8.00 pagi. hehehe tapi dah keluar awal lagi dah sebab kena hantar MEOW ke Cat Hotel kat temerloh dulu....

 meow dah bersiap2 nak bertolak

 gelisah sekali dia dalam kereta cam tahu je nak kena tinggal

ni dah kat hotel diam je macam merajuk je....

Lepas hantar meow aku berhenti sat breakfast nasi lemak sambal kerang...mata dah mula rasa mengantuk tapi perjalanan harus diteruskan....so hilangkan ngantuk mahu kat beratus kali aku call en. hubby. mujur tak kena marah. suami penyayang lah katakan. 




 










 Finally pukul 1.38 tengahari sampai betul2 kat depan New York Hotel.........so cepat-cepat g check in and nak rest.....



Bilik No. 1702. Alhamdulillah bilik amat selesa.....


 


Sempat lagi tuuu....

 Modul training....

The room view, memang amat2 cantik....boleh nampak singapore....Tapi disebabkan aku ni memang ada penyakit gayat...ni je yang terbaik aku boleh snap....




Sampai je bilik baru nak rehat2 dapat call suruh aku check training room. Nak pastikan betul tak susunan yang dia orang dah buat untuk training malam ni. Aku tak cerewet tapi yang penting aku nak ada space yang aku boleh bergerak bebas dan dekat dengan all the participants.









Alhamdulillah.... finally semuanya berakhir dengan baik and participants memang sporting gila. Syukur pada ALLAH... dapat lagi aku berkongsi ilmu yang ALLAH berikan. Secara tak langsung aku pun dapat memantapkan lagi kemahiran komunikasi and training skill aku... ALHAMDULILLAH. Bertambah pengalaman denga izin ALLAH.

InsyaALLAH lepas raya haji 28 - 30 Oktober training lagi...ALHAMDULILLAH rezeki ALLAH bagi.....

Tapi tak habis lagi cerita aku nanti ada sambungan nya......